Wednesday, February 18, 2009


PETIKAN DARIPADA HARIAN KOSMO


Alga selamatkan dunia?


DAPATKAH alga menyelamatkan dunia? Berjuta-juta tahun dahulu, tumbuhan hijau ini membersihkan permukaan bumi dan senario yang sama diharapkan saintis bagi menghapuskan masalah gas rumah hijau serta mengembalikan sumber minyak.

Pada masa lampau, alga menukar atmosfera Bumi yang sukar diduduki organisma kepada sebuah planet yang mampu menerima sokongan hidupan pada zaman moden melalui proses fotosintesis. Dengan sinaran cahaya matahari yang cukup, tumbuhan hijau itu menukarkan gas karbon dioksida dan cahaya matahari kepada pati gula dan oksigen.

Yang selebihnya pula tenggelam ke dalam tasik atau dasar laut lalu membentuk minyak. "Apa yang kita lakukan kini adalah menterbalikkan putaran masa," kata Steve Skill, seorang pakar kimia biologi dari Makmal Marin Plymouth, England.

"Alam semula jadi telah menerima proses dengan baik dan kita semua dapat menikmati kebaikan minyak mentah dalam kehidupan seharian. Jadi, dapat disimpulkan bahawa kejadian itu bukanlah sesuatu yang sukar diterima atau tidak boleh dilakukan," katanya.
Menurutnya, apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah menemui cara terbaik yang dapat menukarkan hidupan tertua di Bumi ini kepada minyak sayuran dan kemudian digunakan sebagai biodiesel, bahan api kapal terbang, bentuk bahan api lain dan produk plastik.

Sunday, February 15, 2009

FAKTA PENYAKIT CHIKUGUNYA


Fakta berkaitan Deman Chikungunya.Chikungunya adalah penyakit demam yang tinggi dan sakit sendi yang teramat sangat. Ia disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes betina iaitu nyamuk yang juga pembawa virus denggi.Penyakit Chikungunya ini pertama kali ditemui semasa wabak demam di Selatan Tanzania pada tahun 1952. Ia kemudiannya merebak ke Asia, India, Eropah dan Amerika.Nama 'Chikungunya' berasal dari bahasa Kimakonde, yang bermaksud 'keadaan membongkok' yang disebabkan oleh sakit sendi yang teramat sangat bagi pengidap demam Chikungunya.
Nyamuk pembawa virus Chikungunya.Nyamuk yang terlibat selalunya adalah Aedes aegypti and Aedes albopictus, 2 spesis nyamuk yang juga boleh menyebabkan demam denggi.Nyamuk ini biasanya menggigit pada siang hari, tetapi paling aktif pada awal pagi dan lewat petang.Orang yang digigit oleh nyamuk pembawa virus Chikungunya boleh mendapat demam selalunya bermula antara 4 dan 8 hari selepas gigitan tetapi boleh juga berlaku dalam tempoh 2 hingga 12 hari. Gejala dan tanda-tanda Demam ChikungunyaGejala dan tanda-tanda Demam Chikungunya lebih menyerupai Demam Denggi. Seseorang yang mengidap Demam Chikungunya biasanya mengalami :· Demam yang tinggi secara tiba-tiba· Sakit sendi yang teramat sangat (sangat sakit sehingga terpaksa berjalan membongkok) · Sakit otot· Sakit kepala· Meloya· Keletihan· Bintik-bintik merah (rashes)Demam berlarutan selama 5 hari dan boleh sembuh dengan sendirinya.Sakit sendi biasanya sembuh dalam tempoh beberapa hari atau minggu. Kebanyakan pesakit sembuh sepenuhnya tetapi ada yang kekal sakit sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.Amat jarang menyebabkan kematian.RawatanTiada rawatan khusus untuk demam Chikungunya.Tiada vaksin untuk mencegah penyakit ini.Rawatan lebih fokus kepada menghilangkan sakit (ubat tahan sakit) dan demam (ubat demam).Diagnosis Ujian darah serologi akan mengesahkan kehadiran imunoglobulin M dan G (IgM dan IgG) antibodi kepada Chikungunya virus. Virus Chikungunya boleh diasingkan dari darah dalam tempoh beberapa hari pertama jangkitan.Hanya ujian darah sahaja boleh membezakan samada seseorang itu mengidap denggi atau Chikungunya kerana simptoms/tanda-tanda kedua-duanya (denggi dan Chikungunya) hampir samaDemam Chikungunya tidak menyebabkan penurunan tahap platelet (tidak seperti denggi).Pencegahan dan KawalanPencegahan dan kawalan adalah sama bagi mengawal demam denggi kerana pembawanya adalah sama iaitu nyamuk Aedes.Pencegahan yang paling baik adalah dengan :1. Membasmi nyamuk Aedes dewasa melalui semburan dan ubat nyamuk2. Membasmi pembiakan jentik-jentik ·
Membuang tempat pembiakan nyamuk seperti tin-tin kosong, sampah sarap, plastik, tayar dan lain-lain lagi yang boleh menakung air·
Mengamalkan kebersihan·
Meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik di dalam tempat simpanan air
3. Mengelakkan dari digigit nyamuk ·
Memakai baju/seluar panjang yang menutup tangan dan kaki·
Menggunakan ubat nyamuk – semburan, lingkaran atau 'repellent'·
Menggunakan kelambu atau 'net' biasa atau berubat yang menghalang nyamuk dari masuk ke rumah·
Mengelakkan pengidap Chikungunya dari digigit nyamuk Aedes dengan memakai kelambu atau 'net' .
"Pencegahan adalah lebih baik dari Rawatan"

hapuskan israel dari muka bumi !!!!!!




NAK TAHU SATU RAHSIA??????





Ceramic Business Club adalah Loyalty Membership Program yang dimiliki oleh Asia Ceramic Marketing (M) Sdn Bhd yang beroperasi di Ampang, Selangor. Syarikat ini menjalankan perniagaan trading produk dan barangan berasaskan seramik secara 'e-commerce' & 'conventional'. Keunikan Ceramic Business Club (CBC) ini ialah ianya menawarkan polisi Sell Back Option kepada mana-mana Privilege Membernya yang tidak mampu membuat penjualan produk-produk yang telah dibeli. Selain itu, CBC juga menawarkan Anugerah Kesetiaan Pembelian & Penebusan Baucer Membeli-belah dan Fast Food terkemuka seperti Giant Hypermarket, BH Petrol, Parkson, KFC dan Pizza Hut kepada setiap ahli kelab menerusi E-Mall yang disediakan khas untuk semua Distributor.
Ceramic Business Club House Brand:

http://www.ceramic2u.com/muhammad